Monday 29 December 2008

Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
Salam Perantauan kepada semua yang mengenali diri ini



























Wednesday 17 December 2008

Pontypridd

Pontypridd, satu pekan kecil yang berhampiran dengan Universiti of Glamorgan. Kalau jalan kaki dalam 1.5km. Naik train tak sampai 3 minit dah sampai. Pekan ni kecil sahaja. Tapi kira boleh beli barang-barang keperluan asas.
Saya jalan kaki ke Pontypridd. Sebelah kiri tu Stesen Pontypridd.

Pemandangan pekan Pontypridd dari stesen.


Jalan utama.


Saya saja bergambar depan kedai roti. Kebetulan tengah lapar tapi masih di bulan Ramadhan.


Lagi pemandangan Pontypridd.


Bangunan yang bercat hitam tu Bank HSBC.


Jumpa kucing ni masa nak balik dari Pontypridd.


GSXR 600 K7 - Geram aku tengok ni!!!


Lloyds TSB - Bank tempatan yang aku guna untuk buka akaun.


Bukan calang-calang bank ni. Menjadi salah satu penaja untuk Sukan Olimpik London!

Monday 8 December 2008

ICAT Barry

International Centre for Aerospace Training (ICAT) Barry adalah institut yang mendapat pengesahan oleh CAA untuk menjalankan kelas & mengambil peperikasaan untuk EASA Part 66 License. Di sinilah kelas, bengkel & tempat mengambil peperiksaan saya.
Tempat ini lebih kecil dari UniKL MIAT & saya rasa kemudahan dan peralatan di MIAT adalah lebih baik. Bak kata pepatah, "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri. Lebih Baik Di negeri Sendiri!"
Cardiff International Airport - hanya di sebelah ICAT Barry

Bergambar di depan Cardiff International Airport


Di papan tanda ICAT


ICAT Barry. Kecil sahaja tempat ini & berbentuk "V".




Pintu masuk utama


Pemandangan bengkel dari atas.


Ada dua kapal terbang kecil. Ini yang pertama.


Ini yang kedua & meja untuk membuat kerja ada di sebelah juruteknik yang di sebelah kanan sekali (tidak ada dalam gambar).


Saya mengambil gambar Hangar British Airways dari dalam ICAT.

Saturday 6 December 2008

Arriva!

Arriva - Nama syarikat yang menguruskan pengangkutan awam (kereta api) di kawasan ini. Ada banyak syarikat pengangkutan awam di UK. Edward dan Humphrey menguruskan bas sekitar kawasan ini.
Kali ini saya tunjukkan sedikit kawasan University of Glamorgan dan Stesen Treforest yang merupakan stesen yang terdekat dengan saya. landasan ini menghubungkan dari Cardiff Central hingga ke Methyr Tydfil.

Saya di depan pintu masuk University of Glamorgan.
Blok G - Faculty of Advanced Engineering
Faculty di sini tapi modul, kelas, peperiksaan & urusan EASA Part 66 License diuruskan oleh International Centre for Aerospace Training (ICAT) Barry.



Tepi Blok G


Ini jalan di sebelah university. Kalau keluar ikut pintu kecil university, akan lalu jalan ni untuk ke Stesen Treforest


Ke Stesen Treforest


Rumah-rumah berhampiran stesen.


Stesen Treforest


Inilah kereta api Arriva!


Menghala ke utara Wales. Stesen selepas Treforest adalah Pontypridd & hujung sekali Methyr Tydfil untuk laluan ini.


Saya di atas flyover stesen.


Saya yang tengah kebosanan untuk tunggu kereta api.


Menghala ke selatan Wales. Untuk ke Stesen Cardiff Central.


Pokok aneh di tepi stesen.


Saya tolong buat promosi untuk KFC UK.


Pemandangan dari dalam kereta api semasa menuju ke Cardiff Central.

Asramaku untuk Tahun Pertama

Ini adalah gambar-gambar asrama saya dan kawasan sekitarnya.
T52 Glamorgan Court
T Block - Asrama saya

Saya di depan T Block, Glamorgan Court.



Dapat macam-macam benda percuma.


Inilah bilik saya semasa baru sampai. Peti ais kecil tu belum dihantar lagi.


Ada bilik air di dalam bilik. Mudah & bersih.


Pemandangan dari tingkap bilik.


Hadiah dari Adillah masa hari jadi saya.


Pemandangan dari belakang. Blok saya yang hujung sekali & ada jalan pintas untuk turun ke bawah. Jalan tu hanya di belakang blok saya.


Tempat mencuci pakaian. £1.80 untuk membasuh baju & £1.00 untuk pengering.


Arahan


Main PSP sambil menunggu pakaian siap dibasuh.