Monday 24 November 2008

Jalan-jalan di Cardiff

Inilah gambar-gambar saya semasa pertama kali bersiar-siar di Cardiff.
Saya hanya menggunakan kamera telefon bimbit saya, Nokia N82.


Saya bergambar sebelum memulakan sesi bersiar-siar
Bangunan kedua dari hujung tu Traveler Lodge. Saya mula2 ke situ untuk bermalam, tapi penuh. Bahagian belakang tu Cardiff Central (kereta api & bas)
Time ni dah pukul 9am musim luruh.
Cardiff Castle
Saya di seberang Cardiff Castle
Saya di City Road Cardiff, ada banyak kedai makanan halal. Ini semasa hari kedua saya di sana.


Kedai tepi van tu: SHOP RIGHT ada daging halal


Masa hari kedua jalan2. Penat... Rehat kat Queen Street. Hari Sabtu ramai orang keluar jalan-jalan berbanding Ahad.

Sunday 23 November 2008

Pertama kali menjejakkan kaki di UK

Saya berangkat ke Wales pada 18 September 2008. Sebelum saya bertolak, saya telah pergi ke Kuala Lumpur lebih awal untuk menyelesaikan urusan dengan pihak MARA & mengambil VISA. Ahli keluarga & Kekasih saya datang pada 17 September dan kami berbuka puasa bersama di Kuala Lumpur.

Ini saya dengan D'lla semasa berbuka puasa dengan family pada malam sebelum berangkat


Keluarga saya semasa menghantar saya di KLIA
(dari kiri: Nabil Amri, Hj Araif, Hjh Narmi & Nur Adillah)
Terima kasih juga kepada Hadafi & Hamzah (rakan saya di MIAT) kerana datang bertemu saya sebelum saya berangkat pergi


Ketika ini saya berada di dalam bas National Express yang membawa saya dari Heathrow Airport ke Cardiff, Wales
Jelas kelihatan pada wajah saya keletihan kerana menaiki pesawat lebih 12 jam


Inilah bangunan HONDA London

Saya sampai di Cardiff kira-kira pukul 10.30pm waktu tempatan. Sebab terlalu letih, saya tidur semalam di ETAP Hotel.

Detik-detik permulaan...

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Saya, Khairul Anwar Araif merupakan bekas graduan UniKL MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology). Di MIAT, saya mengambil jurusan Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composite) selama tiga tahun setengah. Pada Majlis Konvokesyen Kelima UniKL (Ogos 16 & 17, 2008) bertempat di Putrajaya International Convention Center, Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan Diploma in Aircraft Maintenance Technology dan UniKL Council Award.


Best award recipients sharing light moment together with Tuanku Chancellor and Pro Chancellors after the ceremony. Taken from UniKL Website
(Saya orang kelima dari kanan)




Alhamdulillah, dengan izin Allah & doa ibu (Narmi bt Othman), ayah (Araif b Kasa), adik saya (Nabil Amri) serta dorongan dari orang yang saya cintai (Nur Adillah bt Widan), saya berjaya dalam mendapatkan "Skim Pelajar Cemerlang" anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kini, saya berada di University of Glamorgan di Wales untuk meneruskan pengajian dalam BSc (HONS) Aircraft Maintenance Engineering + EASA Part 66 B1 License. Tempoh pengajian saya, InsyaAllah, akan mengambil masa 3 tahun bermula September 2008 hingga Ogos 2011.

Jadi, blog ini adalah tempat di mana saya akan berkongsi segala pengalaman dan liku-liku kehidupan saya di sepanjang tempoh pengajian di University of Glamorgan.

Blog ini saya tujukan khas kepada Ibu & Ayah saya, keluarga saya, gadis yang saya cintai & untuk semua rakan-rakan yang mengenali diri saya. Saya harap semua dapat mendoakan kejayaan saya untuk masa akan datang, InsyaAllah.